Bagi menyatakan rasa syukur dan berterima kasih di atas kesudian beliau menerima jawatan sebagai Guru Besar sekolah ini, warga sekolah telah mengadakan majlis seperti ini. Ia menandakan bahawa beliau diterima secara rasminya sebagai Guru Besar yang akan terus memimpin sekolah ini.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku. Seterusnya, ucapan alu-aluan oleh Encik Dahari Bin Hj Rambli (Penolong Kanan Akademik ), diikuti oleh ucapan dari YDP PIBG SK. Ulu Budu iaitu Encik Jemat Ak Unding. Kemuncak majlis ialah ucapan daripada yang diraikan iaitu Guru Besar baru SK. Ulu Budu Encik Lola Bin Julai. Sebelum bersurai, para jemputan dan warga sekolah dijemput 'merarau' bersama di Dewan Makan Sri Krukuh.
No comments:
Post a Comment