CARTA ORGANISASI

Monday, 28 August 2017

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH

      Pada 24 Ogos 2017 ( Khamis ) pihak sekolah dibawah unit Kokurikulum telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah. Program tersebut hanya melibatkan warga sekolah sahaja. Suasana Hari Kemerdekaan telah mula terasa dengan acara menggantung bendera 'Jalur Gemilang' dan bendera kebesaran Negeri Sarawak di sekitar kawasan sekolah sejak dari 18 Ogos yang lepas.
     Sambutan kali ini telah dimulakan dengan 'Jejak Kemerdekaan' iaitu melibatkan semua murid untuk berjalan mengelilingi padang sekolah dengan membawa 'Jalur Gemilang'. Selesai sahaja aktiviti tersebut, semua murid dan warga sekolah dijemput untuk berkumpul di Dewan Sri Krukuh.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu 'Negaraku' dan 'Ibu Pertiwiku'. Selepas itu, ialah ucapan perasmian dari yang berusaha Guru Besar En. Lola Bin Julai. Acara seterusnya adalah nyanyian lagu patriotik ' Jalur Gemilang' dan 'Tanggal 31'. Selesai sahaja nyanyian lagu tersebut, para hadirin disajikan dengan tayang video mengenai  Hari Kemerdekaan. Acara terakhir pada hari itu ialah Pertandingan Mewarna Poster Kemerdekaan oleh semua murid sekolah ini. Keputusan dan hadiah bagi pertandingan ini akan diserahkan semasa Majlis Graduasi 2017 yang akan diadakan pada bulan November nanti.
     Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat, kerana telah berjaya mengadakan program seperti ini. Program seperti ini akan kita teruskan sebagai aktiviti tahunan bagi menandakan sambutan kemerdekaan Negara kita.












No comments:

Post a Comment