Hari Permuafakatan Ibu bapa, Guru dan Murid telah diadakan di peringkat sekolah pada 25 Ogos 2017. Program ini difokuskan khas kepada Ibu bapa, guru dan murid-murid Tahun 6 dan murid Linus.
Seramai 8 orang ibu bapa turut serta dalam program ini. Bagi rasmikan program tersebut, pihak sekolah telah menjemput YDP PIBG SK. Ulu Budu iaitu En. Jemat Anak Unding.
Acara dimulakan dengan nyanyian lagu 'Negaraku' dan 'Ibu Pertiwiku'. Seterusnya adalah ucapan dari yang berusaha Guru Besar SK. Ulu Budu En. Lola Bin Julai. Selepas itu, ialah ucapan perasmian oleh YDP PIBG SK. Ulu Budu. Para hadirin juga, dipertontonkan dengan tayangan video tentang kasih sayang ibu bapa.
Acara seterusnya, adalah perjumpaan ibu bapa dan murid dengan guru-guru subjek utama UPSR dan juga LINUS. Dalam sesi ini, ibu bapa telah diterangkan mengenai harapan dan juga sasaran pihak sekolah dalam UPSR dan juga LINUS pada tahun ini. Guru subjek telah merumuskan tentang kekuatan dan kelemahan murid-murid kepada ibu bapa mereka. Diharap dengan usaha sedemikian, ibu bapa dapat membantu guru-guru melonjakkan lagi prestasi murid-murid dalam bidang akademik.
No comments:
Post a Comment