CARTA ORGANISASI

Sunday, 29 October 2017

LARIAN HARI SUKAN NEGARA 2017

       Pada 13.10.2017 ( Jumaat ), SK. Ulu Budu telah mengadakan sambutan Hari Sukan Negara. Hari Sukan Negara biasanya disambut pada Sabtu minggu kedua dalam bulan Oktober setiap tahun. Walau bagaimana pun, sekolah ini telah memilih sambutan tersebut sehari lebih awal. Ini memberi peluang kepada warga sekolah yang ingin turut serta dalam sambutan Hari Sukan Negara di peringkat PPD.
       Seramai 55 orang murid dari Prasekolah hingga Tahun 6 yang turut serta menjayakan aktiviti ini. Semua staf SK. Ulu Budu juga terlibat sama dalam sambutan kali ini. Aktiviti dimulai dengan nyanyian lagu Kebangsaan, Ibu Pertiwiku dan lagu Sekolah. Selepas itu, semua murid dikehendaki membuat satu bulatan besar di padang sekolah sebagai aktiviti memanaskan badan. Aktiviti tersebut telah diketuai oleh En. Mohd. Salam. Selesai sahaja aktiviti memanaskan badan, Larian Hari Sukan Negara pun berlangsung. Jarak laluan Larian Hari Sukan Negara kali ini sejauh 2 Km pergi balik.















No comments:

Post a Comment