Pada 06 Julai 2017 ( Khamis ), pihak sekolah telah mengadakan Majlis Persaraan Guru Besar En. Rajali Bin Aii @ Madhi Bin Aiee yang bersara rasmi pada 27 Jun 2017 yang lepas. Seramai 60 orang turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut yang terdiri daripada ibu bapa, AJK PIBG dan semua staf sekolah. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu rasmi kebangsaan Negaraku dan Ibu Pertiwiku. Seterusnya, adalah ucapan oleh Penolong Kanan 1 En. Dahari Bin Rambli, diikuti ucapan YDP PIBG En. Jemaat Unding. Tuan yang diraikan juga turut dijemput berucap semasa majlis tersebut. Pihak sekolah telah menyampaikan tanda kenang-kenangan berupa parang hiasan yang telah disampaikan oleh PK 1 En. Dahari Bin Rambli. Acara kemuncak majlis, adalah menandatangani tarikh persaraan di buku rasmi perkhidmatan oleh Guru Besar En. Rajali Bin Aii @ Madhi Bin Aiee. Selesai sahaja acara itu, majlis dijemput menjamu selera.
No comments:
Post a Comment