SK. Ulu Budu telah mengadakan Sukaneka Antara Rumah Sukan pada 16.11.2017 yang lepas. Sukaneka ini melibatkan semua murid SK. Ulu Budu, dari murid Pra hingga Tahun 6 seramai 56 orang murid.
Sebanyak 4 buah rumah sukan yang bertanding iaitu Rumah Merah, Rumah Biru, Rumah Hijau dan Rumah Kuning. Setiap rumah sukan diwakili 14 orang peserta dari pelbagai kelas. Acara yang dipertandingkan ialah membawa bola ping pong dengan sudu, meleret bola dengan gelung, mencari gula dalam tepung, mengisi air dalam botol, tarik kereta guni berpasangan, berlari dalam guni, meleret tayar kereta. Acara tambahan adalah berlari 100 m lelaki & perempuan kedua-dua tahap & 4 X 100 m lelaki & perempuan tahap 2.
Sebelum sukaneka bermula, majlis dimulai dengan nyanyian lagu 'Negaraku', Ibu Pertiwiku' dan lagu sekolah. Lepas itu adalah ucapan alu-aluan oleh yang berusaha Guru Besar SK. Ulu Budu Encik Lola Bin Julai. Seterusnya adalah ucapan perasmian Sukaneka Antara Rumah Sukan 2017 oleh YDP PIBG SK. Ulu Budu Encik Jemat Anak Unding. Selepas ucapan perasmian barulah acara bermula.
Keputusan Sukaneka Antara Rumah Sukan SK. Ulu Budu 2017 adalah seperti berikut;
Johan : Rumah Biru -81 markah
Naib Johan : Rumah Hijau -79 markah
Tempat Ketiga : Rumah Merah - 67 markah
Tempat Keempat : Rumah Kuning - 66 markah
Acara terakhir adalah penyampaian hadiah kepada pemenang rumah sukan yang disampaikan oleh Guru Besar SK. Ulu Budu Encik Lola Bin Julai dan juga YDP PIBG SK. Ulu Budu Encik Jemat Anak Unding.
No comments:
Post a Comment