Pada 14.11.2017 Hari Selasa- SK. Ulu Budu telah mengadakan Program Imersif Tinggi ( Highly Immersive Programme ). Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris melalui penggunaan dan penguasaan bahasa itu dalam komuniti sekolah dan menanam sikap positif dalam kalangan murid terhadap Bahasa Inggeris.
Jesteru itu, pihak sekolah telah mendapat peruntukan perbelanjaan dari PADU ( Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan ) sebanyak RM500.00 bagi mengendalikan segala aktiviti HIP sepanjang tahun ini.
Berbagai program telah dirancangan dan dilaksanakan di peringkat sekolah. Antaranya adalah;
a. Perhimpunan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid
b. Sudut Bacaan dalam Bahasa Inggeris diwujudkan dalam setiap kelas
c. Mewujudkan pondok Bahasa Inggeris
d. Pertandingan Membaca Buku dalam Bahasa Inggeris
e. Mewarna poster dalam Bahasa Inggeris
Pada kali ini, semua murid Tahap 1 & 2 melibatkan diri dalam aktiviti membaca buku Bahasa Inggeris beramai-ramai. Bercerita dalam Bahasa Inggeris dan mewarna poster. Pada akhir sesi HIP pada hari itu, para pemenang pertandingan poster diberi telah hadiah. Selesai sahaja aktiviti itu dijalankan, semua murid diberi bekalan makanan berdasarkan kertas kerja HIP dan perbelanjaan yang diberi oleh pihak PADU.
No comments:
Post a Comment