CARTA ORGANISASI

Friday, 24 November 2017

MAJLIS GRADUASI SK. ULU BUDU 2017

         Pada 22. 11. 2017 ( Rabu ) SK. Ulu Budu telah mengadakan Majlis Graduasi Pelajar sesi 2017.  Majlis ini berlangsung sebelah pagi bermula dari jam 9.30. Semua Ibu bapa pelajar, Exco PIBG dan juga Tuai-tuai Rumah berdekatan dijemput hadir ke majlis ini. Acara majlis dimulakan dengan nyanyian lagu 'Negaraku, diikuti oleh lagu 'Ibu Pertiwiku'. Sebagai persembahan pembuka tirai dipersembahkan Tarian Ngajat Indu dibawah pimpinan Pn. Randu ( PPM). Seterusnya adalah ucapan alu-aluan dari Penolong Kanan 1 En. Empungan Ak Lunchat. Majlis graduasi telah dirasmikan oleh yang berusaha Guru Besar SK. Ulu Budu En. Lola Bin Julai. Sepanjang majlis ini berlangsung, majlis diserikan dengan beberapa acara selingan seperti Tarian Joget, mendeklamasikan 'POEM' yang bertajuk 'Goodby' oleh murid Tahun 6 dan juga Tarian "Shark Du Du" oleh murid pra sekolah. Selain daripada persembahan murid, majlis juga dimeriahkan lagi dengan Cabutan Tiket bertuah. Sebanyak 13 Cabutan Tiket Bertuah bagi orang dewasa dan 5 Cabutan lagi untuk murid sekolah. Kemuncak acara adalah penganugerahan pelajar contoh 2017. Adik Cleopatra Angel Ak Andrewson Dom telah dipilih sebagai murid contoh 2017. Selesai sahaja acara tersebut, maka majlis pun ditangguhkan jam 11:45 pagi. Para jemputan dipersilakan untuk menjamu selera di Dewan Sri Krukuh SK. Ulu Budu, Saratok.
       Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang turut serta secara langsung dan tidak langsung menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada semua syarikat-syarikat penyumbang hadiah dan hamper yang bermurah hati menderma pada majlis kali ini.
























Murid Contoh 2017




Thursday, 16 November 2017

SUKANEKA ANTARA RUMAH SUKAN 2017

     SK. Ulu Budu telah mengadakan Sukaneka Antara Rumah Sukan pada 16.11.2017 yang lepas. Sukaneka ini melibatkan semua murid SK. Ulu Budu, dari murid Pra hingga Tahun 6 seramai 56 orang murid. 
   Sebanyak 4 buah rumah sukan yang bertanding iaitu Rumah Merah, Rumah Biru, Rumah Hijau dan Rumah Kuning. Setiap rumah sukan diwakili 14 orang peserta dari pelbagai kelas. Acara yang dipertandingkan ialah membawa bola ping pong dengan sudu, meleret bola dengan gelung, mencari gula dalam tepung, mengisi air dalam botol, tarik kereta guni berpasangan, berlari dalam guni, meleret tayar kereta. Acara tambahan adalah berlari 100 m lelaki & perempuan kedua-dua tahap & 4 X 100 m lelaki & perempuan tahap 2.
   Sebelum sukaneka bermula, majlis dimulai dengan nyanyian lagu 'Negaraku', Ibu Pertiwiku' dan lagu sekolah. Lepas itu adalah ucapan alu-aluan oleh yang berusaha Guru Besar SK. Ulu Budu Encik Lola Bin Julai. Seterusnya adalah ucapan perasmian Sukaneka Antara Rumah Sukan 2017 oleh YDP PIBG SK. Ulu Budu Encik Jemat Anak Unding. Selepas ucapan perasmian barulah acara bermula.
    Keputusan Sukaneka Antara Rumah Sukan SK. Ulu Budu 2017 adalah seperti berikut;
                                         Johan   : Rumah Biru      -81 markah
                                 Naib Johan  : Rumah Hijau    -79 markah
                           Tempat Ketiga   : Rumah Merah  - 67 markah
                         Tempat Keempat : Rumah Kuning - 66 markah
   Acara terakhir adalah penyampaian hadiah kepada pemenang rumah sukan yang disampaikan oleh Guru Besar SK. Ulu Budu Encik Lola Bin Julai dan juga YDP PIBG SK. Ulu Budu Encik Jemat Anak Unding.























PROGRAM IMERSIF TINGGI ( HIP ) 2017

     Pada 14.11.2017 Hari Selasa- SK. Ulu Budu telah mengadakan Program Imersif Tinggi ( Highly Immersive Programme ). Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris melalui penggunaan dan penguasaan bahasa itu dalam komuniti sekolah dan menanam sikap positif dalam kalangan murid terhadap Bahasa Inggeris.
    Jesteru itu, pihak sekolah telah mendapat peruntukan perbelanjaan dari PADU ( Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan ) sebanyak RM500.00 bagi mengendalikan segala aktiviti HIP sepanjang tahun ini.
    Berbagai program telah dirancangan dan dilaksanakan di peringkat sekolah. Antaranya adalah;
               a. Perhimpunan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid
               b. Sudut Bacaan dalam Bahasa Inggeris diwujudkan dalam setiap kelas
               c. Mewujudkan pondok Bahasa Inggeris
               d. Pertandingan Membaca Buku dalam Bahasa Inggeris
               e. Mewarna poster dalam Bahasa Inggeris
    Pada kali ini, semua murid Tahap 1 & 2 melibatkan diri dalam aktiviti membaca buku Bahasa Inggeris beramai-ramai. Bercerita dalam Bahasa Inggeris dan mewarna poster. Pada akhir sesi HIP pada hari itu, para pemenang pertandingan poster diberi telah hadiah.  Selesai sahaja aktiviti itu dijalankan, semua murid diberi bekalan makanan berdasarkan kertas kerja HIP dan perbelanjaan yang diberi oleh pihak PADU.