Pada 02 Januari 2018 maka sekolah bagi penggal pertama pun bermula. Sejak dari awal pagi lagi Ibu bapa murid telah berduyun-duyun untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Suasana pada pagi itu sangat meriah. Para guru dan AKP pula sampai ke sekolah lebih awal bagi menyambut murid-murid yang hadir pada pagi itu. Semasa cuti hujung tahun 2017, pihak sekolah telah menyediakan dan mengubahsuai beberapa buah bilik khas bagi menempatkan murid-murid untuk belajar. Guru Besar merasakan bahawa ianya amat diperlukan memandangkan salah satu blok bangunan kelas 5 bilik itu rosak teruk akibat tanah runtuh. Pihak sekolah telah dimaklumkan mengenai hasrat KPM untuk membina blok kelas yang baru bagi menggantikan yang rosak, namun ianya masih dalam proses.
Memandangkan ianya amat diperlukan demi keselesaan yang lebih kondusif untuk murid belajar, maka dengan bekalan dan peruntukan daripada PIBG pihak sekolah telah mampu menyediakan ruang yang termampu untuk mengurangkan kekangan tersebut.
Lokasi kelas;
Prasekolah = Bilik Prasekolah
Tahun 1 = Bilik bersebelahan dengan ruang dapur Prasekolah
Tahun 2 = Bilik Asrama
Tahun 3 = Bilik SPBT
Tahun 4 = Bilik Tayangan
Tahun 5 = Bilik Atas bersebelahan dengan PSS
Tahun 6 = Bilik PSS
Pada hari pertama ini, semua kelas beroperasi seperti sedia kala. Walau bagaimana pun, ada terdapat buku teks yang kurang. Oleh yang demikian, Cikgu Donnila telah berusaha untuk menghubungi sekolah-sekolah yang ada lebih buku teks.
![]() |
Prasekolah |
![]() |
Tahun 1 |
![]() |
Tahun 2 |
![]() |
Tahun 3 |
![]() |
Tahun 4 |
![]() |
Tahun 5 |
![]() |
Tahun 6 |
No comments:
Post a Comment