CARTA ORGANISASI

Thursday, 13 April 2017

PEMBINAAN JAMBATAN SK.ULU BUDU TELAH SIAP SEPENUHNYA

       Setelah lebih setahun bencana banjir kilat melanda SK. Ulu Budu, kini sekolah ini telah berubah wajah. Pembinaan jambatan I-Beam Merentas SK. Ulu Budu telah siap pada 10 Februari 2017. Projek ini adalah di bawah Projek Program Mesra Rakyat ( PMR ) 2016 Jabatan Perdana Menteri. Berdasarkan maklumat ( tidak rasmi )hasil daripada temubual dengan kontraktor, anggaran pembinaan jambatan ini berjumlah RM450 ribu ringgit. Ianya dibina oleh Syarikat Cahaya Langit.
       Kerja-kerja pembinaan dimulakan pada 16 Nov. 2016 dan dapat disiapkan dalam tempoh dua bulan lebih sahaja.
       Selain daripada itu, pihak Majlis Daerah Saratok juga telah menyumbang peruntukan untuk menyemin jalan akses ke jambatan tersebut melalui padang sekolah.
       Sehubungan dengan itu pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kerajaan dan juga kepada semua yang turut menyumbang dalam pembinaan jambatan tersebut.










No comments:

Post a Comment