CARTA ORGANISASI

Friday, 12 August 2016

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE GUA NIAH ( JEJAK SEJARAH )

        Pada 5 Ogos 2016 ( Jumaat ) yang lepas pihak sekolah telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar Ke Gua Niah. Lawatan ini telah disertai oleh murid Tahun 4, 5 dan 6 seramai 18 orang. Guru Besar En. Rajali Bin Aii @ Madhi Bin Aiee bertindak sebagai guru pengiring kepada rombongan lawatan. Lawatan ini juga telah disertai oleh 10 orang guru dan keluarga serta 2 orang AKS. Lawatan ini menggunakan sebuah van sebagai pengangkutan peserta dan beberapa buah kereta persendirian staf.
       Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk mendedahkan murid dengan persekitaran diluar kawasan sekolah terutama sekali kawasan persekitaran bandar, pantai dan gua serta banyak lagi tempat yang diharapkan boleh merangsang pembelajaran serta memotivasikan sifat ingin tahu murid.
        Rombongan lawatan telah bertolak dari sekolah jam 12.00pm dan tiba di Batu Niah jam 9.30 mlm. Petang itu rombongan lawatan telah menginap di TTL Motel, Batu Niah. 
        Pada keesokan harinya, 6/8/2016 (Sabtu ), rombongan lawatan telah bertolak dari tempat penginapan ke Tapak Taman Negara Gua Niah mengambil masa selama 1/2 jam. Sampai sahaja di tapak itu, mereka diberi taklimat tentang Taman Negara Gua Niah dan juga keselamatan yang perlu diambilberat semasa lawatan oleh pegawai pengurusan tapak berkenaan. Jam 9.00 pagi barulah mereka bergerak ke dalam destinasi lawatan iaitu Gua Niah. Lawatan ke Gua Niah berakhir jam 2.00 ptg. dan terus balik semula ke tapak tadi dan seterus bergerak ke Bintulu. Setiba di Bintulu, rombongan lawatan telah menginap di 'Suria Homestay'
        Hari ketiga 7/8/2016 (Ahad ), rombongan lawatan telah bertolak dari tempat penginapan ke Tumbina Bintulu. Mereka berada di situ selama 1 jam. Dari Tumbina Bintulu,  rombongan lawatan telah singgah di Tanjung Batu sekitar jam 10.00 pagi.
Tepat jam 11.30 pagi rombongan lawatan bertolak dari Bintulu untuk perjalanan balik ke sekolah. Semua peserta lawatan telah selamat sampai di sekolah jam 6.00 ptg.
       Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua staf yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan aktiviti ini.
Pihak sekolah juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada calon BN Dun 39 Krian En. Kilat Beriak yang telah menyumbang sebanyak RM 1,500 dan juga penyandang DUN 39 Krian YB. En. Ali Biju sebanyak RM3,000.00 bagi lawatan ini.













No comments:

Post a Comment