Pada 06 Mac 2016 sekitar jam 10.30 malam banjir kilat telah melanda SK. Ulu Budu. Air sungai Budu yang mengalir sangat deras telah meruntuhkan sebuah jambatan gantung yang satu-satu jalan menghubungkan kawasan sekolah dengan jalan raya ulu Budu. Banjir kilat tersebut berlaku kerana hujan lebat turun tanpa henti selama 5 jam dari pukul 5 petang hingga 10.00 malam. Kawasan sekolah juga turut ditenggelami air setinggi 2 meter. Antara bangunan yang ditenggelami air ialah Pondok jaga, Dewan Makan, Kuarters Staf Sokongan,Tandas murid dan guru, pondok injin pump air, Kuarters sabiro. Bilik kelas Tahun 3 juga mengalami kerosakan teruk disebabkan tanah runtuh.
Sebuah keluarga guru terperangkap di kawasan sekolah semasa banjir ini melanda iaitu Cikgu Donnila dengan adik dan tiga orang anaknya. Pihak bomba dari Balai Bomba Saratok telah dihubungi pada malam untuk melaksanakan misi menyelamat. Namun disebabkan aliran yang air deras dan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, maka misi menyelamat tersebut ditangguhkan sehingga pagi 07 Mac 2016.
Pada 07 Mac 2016, pihak Bomba dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam dari Betong sereta dibantu oleh penduduk rumah panjang berdekatan telah berjaya mengeluarkan mangsa ke kawasan yang selamat. Pihak Bomba telah menggunakan peralatan sebuah perahu dan injin sangkut bagi operasi menyelamat tersebut. Operasi tersebut berakhir jam 14.30.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas bantuan dan sokongan pihak Bomba, Jabatan Pertahanan Awam, Pejabat Penerangan Saratok, PDRM Saratok, PPD Saratok, ATM dan agensi-agensi lain yang turut terlibat membantu dalam operasi menyelamat tersebut. Tidak lupa juga kepada individu-individu yang sama turut membantu dalam operasi tersebut.
 |
Paras air jam 11.20 malam ( Jambatan Gantung telah runtuh ) |
 |
Lima sekeluarga yang berjaya diselamatkan |
 |
Keadaan kelas Tahun 3 akibat tanah runtuh |
 |
Keadaan dapur sekolah |
 |
Keadaan Dewan Makan sekolah |
 |
Keadaan dalaman kuarters guru yang telah ditenggelami air |
No comments:
Post a Comment