Pada 16 Nov.2015 ini, pihak sekolah telah mengadakan Sukaneka dan Olahraga Antara Rumah Sukan. Aktiviti ini dianjurkan oleh Kelab Olahraga dibawah Unit Kokurikulum sekolah. Sebanyak 4 buah rumah sukan yang terlibat iaitu, Rumah Kelisa, Rumah Kenari, Rumah Viva dan Rumah Kancil. Aktiviti ini melibatkan semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
Antara acara yang dipertandingkan adalah 100m L&P, 200 m L&P, 4 X 100m L&P. Acara sukaneka adalah meniup belon, membawa bola dengan pengapit straw, membawa bola getah dengan hujung baton, mengambil cumi dalam besen dsb.
Acara dimulakan dengan ucapan Guru Besar En. Rajali Bin Aii @ Madhi Bin Aiee. Selepas itu, taklimat ringkas oleh Penolong Kanan Kokurikulum En. Michael Pateh. Acara sukaneka dan olahraga dimulakan pada pukul 9.00 pagi. Segala aktiviti pada hari tersebut tamat pada pukul 12.30 tgh.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas pengelibatan semua dalam menjayakan aktiviti ini. Sudah pasti aktiviti seumpama ini akan diadakan setiap tahun. Syabas dan tahniah kepada semua warga SK. Ulu Budu, Saratok
No comments:
Post a Comment