CARTA ORGANISASI

Saturday, 5 September 2015

Sukaneka PIBG SK. Ulu Budu 2015 Anjuran Bersama Kementerian Pembangunan Sosial Negeri Sarawak

        Pada 4 dan 5 September 2015, SK. Ulu Budu telah mengadakan aktiviti sukaneka PIBG sempena pembukaan rasmi Tugu Peringatan J. K. Wilson. Aktiviti tersebut dianjurkan bersama PIBG sekolah dan juga Kementerian Pembangunan Sosial Negeri Sarawak. Antara aktiviti yang dijalankan pada 4 September 2015 adalah pertandingan 'Street Soccer' Wanita 4 sebelah, Pertandingan Sepak Takraw antara rumah panjang berdekatan dan sebelah malamnya pula diadakan Pentarama. Seorang artis Iban iaitu Jessica Remaya telah dijemput untuk menghibur hadirin yang datang pada malam itu. Pada malam itu juga telah diadakan Pertandingan Karaoke campuran lelaki dan perempuan dan juga Pertandingan Ratu Kebaya. Pada pagi 5 haribulan telah diadakan acara Senam Kenyalang, Sukaneka PIBG dan juga Sukaneka antara sekolah yang dijemput.
        Pada pukul 11.30 pagi, majlis diserikan lagi dengan ketibaan YB Tan Sri Dato' Sri William Mawan Anak Ikom dan seterusnya merasmikan Sukaneka PIBG SK. Ulu Budu 2015. Dari pentas utama, YB Tan Sri telah dibawa ke Tugu Peringatan J.K. Wilson sebagai simbolik persamian tugu peringatan berkenaan. Sebelum YB Tan Sri beredar, beliau dan rombongan telah dijemput untuk merarau bersama rakyat jelata di Dewan Sri Krukuh SK. Ulu Budu. YB dan rombongan beredar tepat jam 1.30 ptg. 
       Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti selama dua hari ini, baik secara langsung dan tidak langsung. Terima kasih juga kepada Kementerian Pembangunan Sosial Negeri Sarawak Bahagian Betong kerana telah membantu menjayakan program ini. 
Guru Besar dan PK Hem sedang memantau persiapan pentas
Antara gerai yang beroperasi


Pentas Utama

Pertandingan 'Street Soccer' Wanita

Persiapan Audio Sistem

Pentarama berlangsung

Pertandingan Ratu Kebaya

Sukaneka PIBG

Sukaneka Antara Sekolah

Ambil kesempatan bergambar cikgu handsome ni...

Acara meleret tayar

Antara 'Old Boys'  yang telah bersekolah di SK. Ulu Budu

YB Tan Sri Dato' Sri William Mawan Ikom menyanpaikan ucapan perasmian

Perasmian disempurnakan dengan 7 kali pukulan gong oleh YB Tan Sri

No comments:

Post a Comment