Pada awal tahun ini pihak sekolah telah memohon pemindahan Aset Kerajaan daripada Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri, Jalan Satok, Kuching. Hasil daripada permohonan tersebut, pihak Biro Pengaduan Awam telah setuju memindahkan Aset mereka ke sekolah ini. Aset yang dipohon adalah merupakan peralatan ICT seperti komputer, scanner, printer dan back-up batteri.
Pihak sekolah telah diminta untuk mengambil peralatan tersebut pada 24.10. 2014 yang lepas. Pihak sekolah dan PIBG SK. Ulu Budu berterima kasih kepada Pn. Biti Ak Anggot, Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri kerana sudi meluluskan permohonan perpindahan Aset berkenaan.
Pemindahan Aset tersebut diharapkan dapat membantu pihak sekolah dalam segala hal ICT terutama sekali adalah pendedahan penggunaan alatan ICT kepada pelajar sekolah yang rata-ratanya berasal daripada kawasan Ulu.
Setelah peralatan tersebut tiba dan dipasang maka pihak sekolah telah mengatur masa bagi pelajar sekolah ini untuk mempelajari asas penggunaan komputer.
No comments:
Post a Comment