CARTA ORGANISASI

Wednesday, 26 November 2014

Keputusan UPSR SK. Ulu Budu, Saratok

               Tahniah kepada semua murid Tahun 6, guru-guru dan staf sokongan di atas pencapaian yang telah dihasilkan dalam UPSR 2014. Sekolah ini telah meningkat dari segi GPS. Tahun 2013, sekolah ini telah mendapat GPS 3.20%, namun pada tahun ini ia telah melonjak kepada GPS 2.40%
               Pada tahun ini 11 orang calon menduduki UPSR berbanding dengan hanya 7 orang sahaja pada tahun lepas. Daripada 11 orang calon tersebut, 7 orang lulus penuh, manakala 4 yang lain gagal 1 atau 2 mata pelajaran. Peratus kelulusan murid dalam UPSR bagi sekolah ini pada tahun 2014 adalah 63.6% . Walaupun tiada murid yang mendapat 5A, namun sekolah ini telah berjaya mendapat 100% kelulusan dalam dua mata pelajaran iaitu BM Penulisan dan Sains. Syabas dan tahniah kepada semua murid Tahun 6. Bagi yang kurang menyerlah, tingkatkan usaha anda. Perjalanan dan perjuangan anda masih jauh.



 

Tuesday, 25 November 2014

        Pada 19 November 2014, SK. Ulu Budu telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah bagi tahun 2014  yang diadakan di Dewan Sri Krukoh. Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Saratok En. Tommy serta dihadiri para ibu bapa dan warga sekolah amnya. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu 'Negaraku' dan diikuti oleh lagu 'Ibu Pertiwiku'. Seramai 40 orang ibu bapa turut serta memeriahkan lagi majlis kita pada kali ini. Acara yang dinanti-nanti oleh para hadirin semasa majlis ini berlangsung adalah sesi cabutan tiket bertuah. Ada 10 buah hamper dan hadiah telah disediakan hasil sumbangan daripada syarikat-syarikat dan orang perseorangan untuk dimenangi.
     Disamping itu juga,  Majlis diserikan lagi dengan beberapa persembahan salingan daripada murid-murid sekolah ini. Majlis ini tamat pada pukul 12.35 tgh.











                Pada minggu kedua akhir sebelum cuti hujung tahun iaitu pada 10 hingga 14 Nov. 2014, SK. Ulu Budu telah mengadakan Minggu Kokurikulum-Sukan & Permainan.  Antara aktiviti yang dijalankan adalah Pertandingan Futsal Antara Rumah Sukan dan juga Pertandingan Badminton berpasukan. Pertandingan Futsal telah diadakan pada 11 Nov. 2014, mana kala pertandingan badminton telah diadakan pada 12 Nov. 2014.  Aktiviti Sukaneka tidak dapat dijalankan pada minggu tersebut kerana ada beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan. Maka Sukaneka antara rumah sukan telah dijalankan pada 18 Nov. 2014.









Friday, 7 November 2014

           Pada 23 Oktober 2104 pihak sekolah telah menyertai Program Rimup yang dianjurkan secara berpusat di SK. Praja, Saratok. Tujuan utama program ini diadakan adalah sebagai aktiviti mengeratkan perpaduan dikalangan murid. Antara acara yang dikelolakan oleh tuan rumah adalah pertandingan Futsal dan Bola Jaring. Sebanyak 6 buah sekolah menyertai program tersebut iaitu SK. Ng. Gerenjang, SK. Ng. Budu, SK. Ulu Budu, SK. Wong Besi, SK. Ulu Kabo dan SK. Praja.
          Sekolah kami telah menghantar dua pasukan iaitu Pasukan Futsal( lelaki ) dan Bola Jaring ( perempan ). Kesemua murid yang terlibat dari sekolah ini, seramai 14 orang bersama dengan 2 orang guru pengiring iaitu Cikgu Michael Pateh dan Cikgu Nur Izyani Bt Zainal Abidin. Sementara itu, semua Guru Besar dari semua sekolah yang dijemput juga turut hadir bersama.
         Pasukan Futsal sekolah ini telah mendapat Johan dalam pertandingan tersebut. Manakala, pasukan Bola Jaring hanya mampu menduduki tempat keempat sahaja. Kesemua acara dapat ditamatkan pada jam 12:30 tengahari. Semua murid termasuk guru-guru yang terlibat nampak letih namun aktiviti itu sangat menyeronokkan. Syabas kepada SK. Praja kerana telah berjaya menjalankan aktiviti RIMUP 2014.



        Pada 28 Oktober 2014, PIBG SK. Ulu Budu telah mengadakan aktiviti gotong-royong untuk mengangkat bahan binaan ke tapak berdekatan dengan blok kelas Tahun 1-5. Tujuan gotong-royong ini diadakan ada sebagai persiapan awal untuk menaiktaraf blok kelas berkenaan yang akan dilaksanakan menjelang cuti akhir tahun ini. 


PIBG SK. Ulu Budu telah menerima bantuan geran sebanyak RM50,000.00 bagi tujuan itu.Seramai 15 orang ibu bapa terlibat dalam akitiviti gotong-royong kali ini.

Saturday, 1 November 2014

Pada 16 Oktober 2014, SK. Ulu Budu telah menghantar penyertaan atlet sekolah ke Kejohanan Sukan dan Pemilihan Atlet Zon Krian bagi sesi 2015 nanti. Sebanyak 12 buah sekolah yang terlibat dalam kejohanan tersebut. Kejohanan ini hanya melibatkan murid tahun 3, 4 dan 5 sahaja. Tujuannya adalah untuk memilih wakil Zon Krian ke Kejohanan MSSR pada tahun depan.
     Sekolah ini telah menghantar 9 orang atlet sahaja. Antara acara yang dipertandingkan adalah larian 60 m untuk tahun 3, 100m untuk semua peringkat umur ( L & P ), 200m untuk semua peringkat umur, larian berpagar dan 4 X 100m.
    Walaupun atlet sekolah kami kurang menyerlah semasa kejohanan tersebut namun ianya dilihat sebagai satu pengalaman yang amat berharga kepada atlet sekolah. Hanya seorang sahaja atlet yang agak menyerlah dikalangan mereka iaitu Kelvin Ampie Ak Suin. Beliau mendapat tempat ketiga dalam acara larian 100 m lelaki 11 tahun.




Thursday, 30 October 2014

        Pada awal tahun ini pihak sekolah telah memohon pemindahan Aset Kerajaan daripada Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri, Jalan Satok, Kuching. Hasil daripada permohonan tersebut, pihak Biro Pengaduan Awam telah setuju memindahkan Aset mereka ke sekolah ini. Aset yang dipohon adalah merupakan peralatan ICT seperti komputer, scanner, printer dan back-up batteri.
        Pihak sekolah telah diminta untuk mengambil peralatan tersebut pada 24.10. 2014 yang lepas. Pihak sekolah dan PIBG SK. Ulu Budu berterima kasih kepada Pn. Biti Ak Anggot, Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri kerana sudi meluluskan permohonan perpindahan Aset berkenaan. 
       Pemindahan Aset tersebut diharapkan dapat membantu pihak sekolah dalam segala hal ICT terutama sekali adalah pendedahan penggunaan alatan ICT kepada pelajar sekolah yang rata-ratanya berasal daripada kawasan Ulu.
       Setelah peralatan tersebut tiba dan dipasang maka pihak sekolah telah mengatur masa bagi pelajar sekolah ini untuk mempelajari asas penggunaan komputer.



Hasil daripada lawatan tidak rasmi YB Tan Sri William Mawan Ak Ikom ke SK. Ulu Budu, pihak sekolah telah diberi 'Geran sebanyak RM 30,000.00 untuk pembinaan tandas guru dan murid yang baru dan RM50,000.00 untuk membaikpulih kelas Tahun 1 hingga 5. Geran tersebut telah disalurkan ke dalam Akaun PIBG sekolah.
   Sehubungan dengan itu, pihak PIBG SK. Ulu Budu telah berjaya menyiapkan 6 unit tandas baru bagi kegunaan guru dan murid. Pihak sekolah dan PIBG SK. Ulu Budu, berterima kasih kepada YB. Tan Sri William Mawan Ikom di atas keperihatinan beliau terhadap masalah dan kekurangan yang ada di sekolah ini. 
   Projek membaikpulih kelas, akan dijalankan sebaik sahaja cuti bermula pada hujung tahun ini.





Pada 26 Mei 2014, SK. Ulu Budu telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Guru Besar SK. Ulu Budu En. Mohtaja@Mokhtar Bin Jaya di Dewan Sri Krukoh. Kemuncak sambutan Hari Guru pada hari itu adalah acara pemotongan kek Hari Guru SK. Ulu Budu bagi tahun 2014.
      Selepas selesai sahaja majlis di Dewan Sri Krukoh, acara sampingan iaitu Sukaneka antara rumah murid dan juga semua staf sekolah diadakan di padang sekolah. Acara sukaneka tersebut berlangsung dari pukul 9.30am hingga 12.30 tgh.