Pada 05 Oktober 2013 ( Sabtu ) SK. Ulu Budu telah berjaya mengadakan lawatan sambil belajar bagi murid Tahun 6 ke Pantai Tanjung Kembang, Kabong. Walaupun lawatan ini dikhaskan untuk murid Tahun 6 tetapi pihak sekolah telah bersetuju untuk membawa bersama murid Tahun 5. Seramai 17 orang murid turut serta dan hampir ke semua kakitangan akademik dan bukan akademik juga bersama menjayakan lawatan ini.
Banyak aktiviti yang telah dijalankan semasa lawatan ini, termasuk sukaneka, pertandingan mencari telur penyu dan membina istana pasir. Walaupun letih, rata-rata murid seronok dan gembira. Ramai murid mengatakan bahawa itu adalah pertama kali mereka ke pantai.
Bersedia untuk aktiviti Sukaneka |
Sukaneka Berlari Membawa Bola |
Sukaneka Membolosi Kertas Mahjong |
Peserta berehat |
Permainan Kereta Tarik |
Mencari Telur Penyu |
Taklimat Peserta |
Membina Istana Pasir |
No comments:
Post a Comment