Pihak sekolah telah bercadang membawa murid Tahun 6 untuk melawat ke Tanjung Kembang Kabong pada 05 Oktober 2013 ( Sabtu ). Lawatan ini adalah bertujuan mendedahkan murid-murid Tahun 6 ke persekitaran di luar lingkungan kebiasaan mereka. Pihak sekolah berharap agar lawatan ini dijadikan pembelajaran baru kepada murid-murid Tahun 6, sebelum mereka melangkah ke Tingkatan 1 dan seterusnya.
Memandangkan jumlah bilangan murid Tahun 6 hanya 7 orang sahaja maka pihak sekolah telah bersetuju untuk membawa bersama murid Tahun 5 dalam lawatan ini. Semua guru dan kakitangan sekolah dijemput bersama dalam lawatan ini. Namun demikian, pengangkutan adalah ditanggung sendiri.
Pihak sekolah telah bercadang untuk menggunakan khidmat Van tempatan untuk membawa semua murid yang menyertai lawatan tersebut. Segala perbelanjaan makan minum disediakan pihak sekolah dengan sedikit bantuan daripada kewangan PIBG termasuk tambang pengangkutan.
No comments:
Post a Comment