CARTA ORGANISASI

Sunday, 4 June 2017

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2017

       Pada 27 Mei 2017, SK. Ulu Budu telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Majlis tersebut telah dihadiri oleh semua warga sekolah termasuk ibu bapa pelajar. Sambutan Hari Guru kali ini agak ringkas namun meriah. Acara dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan ucapan perasmian oleh Guru Besar En. Rajali Bin Aii@Madhi Bin Aiee. Selain itu para guru dijemput ke atas pentas untuk menyanyikan lagu 'Guru Malaysia', 'Pendidik Bumi Kenyalang' dan Ikrar guru. Selesai sahaja ikrar guru, semua guru dijemput untuk memotong kek Hari Guru. Acara kemuncak majlis kali ini adalah pertukaran hadiah diantara warga sekolah. 
     Majlis tamat jam 11.30. Semua yang hadir dijemput menjamu selera di Dewan Sri Krukuh.











MAJLIS MAKAN MALAM PRA GAWAI SK. ULU BUDU 2017

     Pada 20 Mei 2017 SK. Ulu Budu telah mengadakan Majlis Makan Malam Pra Gawai 2017 di Dewan Sri Krukuh. Sebanyak 20 buah meja disediakan. Pihak sekolah telah menjemput para ibu bapa pelajar dari 5 buah rumah panjang berdekatan. Selain itu ada beberapa buah sekolah turut dijemput dalam majlis tersebut iaitu SK. Ng. Gerenjang dan SK. Kabo Hilir. Terdapat beberapa buah meja khas untuk pegawai kerajaan daripada Jabatan dan agensi-agensi lain.
    Guru Besar, En. Rajali Bin Aii@ Madhi Bin Aiee memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan dan diikuti oleh ucapan perasmian daripada Pegawai Daerah Saratok En. Mohd. Ikhmal Abdullah. Majlis diserikan dengan beberapa persembahan ngajat daripada murid Tahun 5 & 6. Selain itu, lagu sponser Karaoke juga diadakan.
    Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini secara langsung mahu pun tidak langsung.