Antara tujuan utama mengadakan Majlis dua dalam satu ini adalah untuk memupuk silaturahim dikalangan pihak sekolah dengan masyarakat luar. Oleh yang demikian, pihak sekolah sebagai penganjur telah mensasarkan bukan sahaja ibu bapa pelajar malah masyarakat luar daripada kawasan Ulu Budu. Kedua, adalah untuk menghargai kecemerlangan para pelajar sepanjang tahun 2016.
Ketiga adalah untuk menambahkan dana PIBG sekolah.
Acara yang dijalankan dibahagi kepada dua peringkat. Peringkat pertama, adalah Majlis Graduasi Pelajar Cemerlang yang diadakan pada sebelah pagi. Walau bagaimana pun ada juga kategori Hadiah disampaikan semasa Majlis sebelah malam. Peringkat kedua, adalah Majlis Makan Malam yang diadakan sebelah malam.
Pihak sekolah telah berjaya menyediakan 20 buah meja bagi majlis tersebut. Seramai 160 orang turut serta menjayakan Majlis ini. Turut hadir ke Majlis tersebut iaitu wakil daripada SK. Wong Besi, SK. Ng Gerenjang dan SK. Kabo Hilir.
Secara keseluruhan, Majlis ini sangat berjaya. Ia mampu memberi pulangan sebanyak RM6,000.00
Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang terlibat langsung atau tidak langsung dalam program ini. Tidak lupa juga kepada semua penderma-penderma yang turut menyumbang hadiah dan juga hamper.