CARTA ORGANISASI

Wednesday, 27 July 2016

GAWAI RAYA SK. ULU BUDU, SARATOK

           Pada 15 Julai 2016 yang lepas, SK. Ulu Budu telah berjaya mencatat satu sejarah bagi sekolah ini kerana telah berjaya merayakan dua majlis dalam satu. Majlis ini dikenali dengan sebutan " Gawai Raya". Ia bermaksud mengabungkan dua perayaan penting di Negeri Sarawak iaitu Gawai Dayak dan juga Hari Raya yang telah disambut sebelumnya. Majlis ini adalah yang pertama dan merupakan julung kali diadakan di sekolah ini.  Majlis ini diadakan dengan satu tujuan iaitu untuk mengeratkan silaturahim diantara staf dan juga dengan masyarakat setempat.  Seramai 50 orang ibu bapa turut menghadiri majlis ini beserta dengan Exco PIBG sekolah. 
          Majlis ini dimulai dengan ucapan En. Rajali Bin Aii @ Madhi Bin Aiee, Guru Besar SK. Ulu Budu. Seterusnya adalah ucapan perasmian oleh Yang Dipertua PIBG Sekolah En. Jemat Ak Unding
          Selesai sahaja majlis perasmian, para hadirin telah dijemput untuk menjamu selera di Dewan Sri Krukuh. Bermacam-macam juadah telah disediakan semasa majlis ini.
          Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas sumbangan langsung dan tidak langsung setiap individu yang turut serta menjayakan majlis ini.