CARTA ORGANISASI

Wednesday, 1 June 2016

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

      Pada 16 Mei 2016 yang lepas, SK. Ulu Budu telah merayakan Hari Guru peringkat sekolah. Sambutan Hari Guru pada kali ini agak berlainan sedikit daripada tahun-tahun lepas. Aktiviti sambutan hari berkenaan dimulai dengan gotong-royong memasak oleh kakitangan pendidik di sekolah ini yang bermula seawal 7.30 pagi. Segala sumbangan bahan makanan yang dimasak adalah sumbang peribadi dari semua kakitangan sekolah yang merupakan wang kutipan bersama.
      Selesai sahaja aktiviti memasak, perhimpunan Hari Guru berlangsung. Ia dimulakan dengan nyanyian lagu 'Negaraku' dan diikuti oleh lagu 'Ibu Pertiwiku'. Seterusnya adalah ucapan Hari Guru oleh yang berusaha Guru Besar SK. Ulu Budu En. Rajali Bin Aii @ Madhi Bin Aiee. Perutusan Hari Guru oleh Menteri Pendidikan Malaysia telah disampaikan oleh Penolong Kanan Akademik En. Dahari Bin Rambli. Seterusnya, ikhrar Guru Malaysia telah diketuai oleh En. Mohd. Salam Bin Abu Bakar. Setelah membaca ikhrar Guru Malaysia, semua para pendidik menyanyikan lagu ' Guru Malaysia', Pendidik Bumi Kenyalang dan lagu tema Hari Guru 2016 'Guru Pembina Negara Bangsa'.
      Acara kemuncak perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah ialah acara bertukar-tukar hadiah dikalangan staf sekolah. Selesai sahaja acara berkenaan, semua staf telah dijemput merarau bersama di Dewan Sri Kerukuh, SK. Ulu Budu. Acara tamat jam 1.35 ptg.
       Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kerja sama semua staf SK. Ulu Budu bagi menjayakan aktiviti ini. Tahniah.
















KERJA BAIKPULIH JAMBATAN YANG TELAH ROSAK

        Setelah sebulan Banjir Kilat melanda SK. Ulu Budu, pihak sekolah masih menunggu bantuan yang telah dijanjikan oleh kerajaan iaitu pembinaan baru jambatan gantung sebagai akses utama ke sekolah ini. Selama jangka masa itu juga pihak sekolah, ibu bapa dan murid terpaksa menyemberangi sungai untuk berulang-alik ke sekolah. Apabila air naik disebabkan hujan, ianya sangat bahaya dilalui.   Jesteru itu, seorang pegawai keselamatan swasta di sekolah ini telah mencetuskan idea untuk membaiki semula jambatan gantung yang telah rosak sementara menunggu pembinaan jambatan baru. Idea tersebut telah dipersetujui oleh pihak sekolah dan menggunakan sedikit peruntukan daripada PIBG sekolah. Kerja-kerja baikpulih mula dijalankan pada awal bulan April dan siap dua minggu selepas itu. Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kerja sama semua yang terlibat dalam kerja baikpulih yang telah dilaksanakan dengan jayanya. Syabas! SK. Ulu Budu.



Akhirnya siap juga