CARTA ORGANISASI

Thursday, 10 November 2016

SUKAN TAHUNAN DAN SUKANEKA PIBG SK. ULU BUDU 2016

   Pada 09. Nov. 2016, pihak sekolah telah mengada Sukan Tahunan & Sukaneka PIBG serentak. Acara sukan ini adalah 2 dalam 1 yang julung kalinya diadakan di sekolah ini. Sukan Tahunan adalah acara khas untuk murid sekolah mana kala Sukaneka PIBG adalah untuk penglibatan Ibu Bapa dan orang luar. Antara matlamatnya adalah;
   1. Penyertaan 100% Pelajar dalam aktiviti olahraga dan sukan.
   2. Meningkatkan  dan  mengekalkan prestasi kecergasan fizikal pelajar
   3. Mengeratkan hubungan yang baik dikalangan pihak sekolah dengan komuniti luar

Kumpulan Sasaran
          a. Murid Pra
          b. Murid Tahun 1 hingga 6
          c. Ibu bapa / penjaga / orang luar

          Seramai  55 orang peserta ( murid Pra hingga murid Tahun 6 ) turut serta menjayakan program ini. Dianggarkan seramai 150 orang ibu bapa/ penjaga yang hadir bagi memeriahkan acara pada kali ini. Sebanyak 18 acara balapan berlangsung pada sebelah pagi. Tiga acara individu khas untuk ibu bapa/ orang luar iaitu Lontar peluru L & P, Lompat Tinggi L & P serta tarik tali L & P. Namun pada sebelah petang, acara sukaneka PIBG ditangguhkan kerana cuaca tidak mengizinkan.














Friday, 4 November 2016

KEM JATI DIRI 2016

            Pada 02 hingga 04 Nov. 2016, Unit Beruniform TKRS telah mengadakan perkhemahan yang diberi nama Kem Jati Diri. Seramai 28 orang murid turut serta dalam perkhemahan kali ini yang disertai oleh murid Tahun 3 hingga Tahun 6. Perkhemahan ini diadakan di tapak perkhemahan sekolah yang terletak beberapa meter sahaja dari Blok Pentadbiran.
         
           Tujuan utama perkhemahan ini diadakan adalah untuk;
           a.memupuk semangat kental di kalangan murid-murid
           b.menyemaikan kesedaran terhadap tanggungjawab menjaga persekitaran
           c.memupuk semangat berkerja sama dalam apa jua situasi
           d.menerapkan nilai murni dan disiplin kendiri di kalangan murid

            Banyak aktiviti yang telah dijalankan sepanjang kem ini berlangsung. Antaranya adalah, teknik-teknik ikatan, cara-cara mendirikan khemah, cara membuat gadjet kaki tiga, asas polo air, pemakaian 'Life Jacket', Jungle Trekking, penghayatan malam dan juga malam kebudayaan.

Jawatankuasa Induk Kem Jati Diri 2016

                 Pengerusi        : En. Rajali Bin Aii @ Madhi Bin Aiee ( Guru Besar )
                 N. Pengerusi   : En. Dahari Bin Rambli  ( Penolong Kanan Akademik )
                                         : En. Michael Pateh  ( Penolong Kanan KK )
                 Setiausaha       : En. Ahmad Durrani Bin Jamali ( Guru Penasihat TKRS )
                 Bendahari        : En. Mohd Salam Bin Abu Bakar
         Penyelaras Akt.       : En. Abg. Kamaluddin Bin Abg. Ahmad
         Kem. Komandan     : En. Melati Bin Taiben
                 Ahli2               :  Semua guru akademik & Staf bukan akademik

Peserta Kem Jati Diri 2016
Taklimat Peserta
Belajar Teknik-teknik ikatan

Mendirikan khemah


Membuat Gadjet



Asas Polo Air

Perjalanan menuju ke kawasan 'Jungle Trekking'
Bermandi manda di Wong Langsang Ulu Sg. Kedang, Budu

Persembahan Malam Kebudayaan
Sesi penutupan Kem Jati Diri 2016











Friday, 14 October 2016

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SK. ULU BUDU

Pada 08 Okt 2016 ( Sabtu ) pihak sekolah telah menjalankan aktiviti Hari Sukan Negara yang berlangsung di Padang Sekolah.  Antara aktiviti yang telah dibincangkan dan dipersetujui pada mesyuarat staf yang lepas adalah Aktiviti Senamrobik dan Jalan Ria Hari Sukan Negara.  Aktiviti ini dimulakan dengan Senamrobik di padang sekolah. Diikuti dengan Jalan Ria Hari Sukan Negara bermula dari padang sekolah ke simpang rumah panjang Sg. Raba dan berpatah balik. Jarak perjalanan dianggarkan sejauh 3 km ( pergi balik )

Program Hari Sukan Negara 2016

0730 – Pendaftaran peserta
0800- Taklimat oleh Pegawai  Penyelaras Program
0830- Senamrobik
0900- Rehat
0930- Jalan Ria Hari Sukan Negara
1030- Bersurai

Penglibatan
Berdasarkan sasaran awal pihak sekolah telah menetapkan kumpulan sasaran program iaitu Murid Tahun 1 hingga Tahun 6 seramai 50 orang. Para guru seramai 13 orang. Staf sokongan 7 orang dan Pekerja swasta seramai 9 orang. Kesemuanya adalah 79 orang.
            Program ini nampaknya telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Semua murid dan individu yang terlibat amat berpuas hati mengenai susunan aturcara program ini dijalankan.
 Program ini akan tetap diadakan setiap tahun seperti mana yang telah diarahkan oleh Kerajaan yang menetapkan Hari Sabtu minggu kedua Oktober adalah Hari Sukan Negara








GOTONG-ROYONG PIBG SK. ULU BUDU

          Pada 26 Sept 2016, pihak PIBG SK. Ulu Budu telah mengadakan aktiviti bergotong-royong. Aktiviti ini dijalankan pada pukul 2.30 ptg hingga 5.30 ptg. Seramai 20 orang ibu bapa turut serta dalam aktiviti ini.
         Gotong-royong PIBG kali ini mensasarkan kepada mengemas bilik stor sekolah. Mereka dikehendaki mengeluarkan segala peralatan dan barang yang berselerak di dalam bilik stor berkenaan dan menyusunnya balik mengikut kategori masing-masing. Bilik stor sekolah selama ini telah menempatkan peralatan sukan, sains / matematik dan juga muzik.
        Kerja-kerja mengeluar dan menyusun balik peralatan berkenaan agak sukar kerana sebahagian papan lantai stor itu sudah terlalu usang. Kerja-kerja mengemas peralatan tersebut terpaksa dijalankan dengan berhati-hati agar tidak ada yang cedera.
       Pada pukul 5.00 ptg kerja-kerja menyusun balik peralatan dapat disiapkan. Syabas dan tahniah PIBG SK. Ulu Budu.



PERTANDINGAN MEWARNA POSTER SEMPENA HARI KEBANGSAAN

Pada 30 Ogos 2016, SK. Ulu Budu telah mengadakan Pertandingan Mewarna Poster Sempena Hari Kebangsaan 2016. Pertandingan ini dianjuran oleh Unit Beruniform TKRS bersama dengan Kelab Akademik sekolah. Pertandingan ini telah dibahagi kepada 2 Tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2.
            Matlamat pertandingan ini adalah untuk memupuk semangat patriotisme dan cinta akan negara di samping mencungkil bakat terpendam murid-murid dalam bidang seni. Selain itu, guru dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik sekolah ini di peringkat yang lebih tinggi misalnya pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.
Objektif Pertandingan;
1.    Menanam  semangat patriotisme dan  rasa kesyukuran dalam  jiwa murid.
2.    Mengenalpasti murid yang mempunyai  bakat dalam bidang seni (mewarna) dan mengetengahkan bakat mereka.
3.    Meningkatkan kemahiran motor halus dan kasar murid-murid menjadi lebih baik.
4.    Menggalakkan penghayatan erti kemerdekaan dikalangan murid
Pertandingan ini telah diadakan di Dewan Makan Sri Krukuh. Pertandingan ini telah disertai oleh murid Tahap 1 seramai 24 orang dan murid Tahap 2 seramai 19 orang.
Pertandingan ini bermula jam 12.00 tengahari dan tamat jam 13.30 ptg.

 Keputusan Pertandingan Mewarna Poster  Tahap 1
Bil
Nama
Kelas
Tempat
1
Dunggat Ak  Moses
Tahun 1
Tempat 1
2
Christy Uching Ak Bansang
Tahun 3
Tempat 2
3
Melissa Palla Ak Harry
Tahun 2
Tempat 3
4
Perez Ezekiel Ak John Adong
Tahun 1
Sagu hati
5
Anggeliana Jantang Ak Nelson S.
Tahun 3
Sagu hati

Keputusan Pertandingan Mewarna Poster  Tahap 2
Bil
Nama
Kelas
Tempat
1
Octovia Ranette Ak Dominic
Tahun 5
Tempat 1
2
Gallery Surau Ak Enggu
Tahun 4
Tempat 2
3
Prescylla Sopea Ak Kasidy
Tahun 4
Tempat 3
4
Nelson Ansi Ak Tangai
Tahun 5
Sagu hati
5
Catherine Miloh Ak Steve
Tahun 4
Sagu hati

      Berdasarkan pemerhatian dan penglibatan murid dalam aktiviti ini, Pertandingan Mewarna Poster Sempena Hari Kebangsaan dianggap berjaya. Pihak sekolah bercadang akan mengadakan aktiviti ini setiap tahun. Pihak penganjur mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada langsung dan tidak langsung dalam melaksanakan aktiviti ini.








Thursday, 13 October 2016

'FIRE DRILL' UNTUK MURID ASRAMA 2016

      Pada 23 Ogos 2016, Unit Hal Ehwal Murid SK. Ulu Budu telah mengadakan latihan 'Fire Drill' bagi penghuni asrama Putera dan Puteri. Aktiviti tersebut telah diadakan pada jam 11.20 pm. Terdahulu daripada itu, iaitu pada sebelah petangnya pihak HEM dibantu oleh Warden asrama dan  2 orang PPM asrama telah mengadakan taklimat pelan laluan keselamatan kepada semua murid asrama dan juga simulasi kebakaran.
    Semasa latihan 'Fire Drill' dijalankan semua murid dapat dibangunkan dalam masa yang singkat dan dapat menggunakan laluan selamat yang telah ditetapkan. Semuanya berjalan lancar dan teratur. Syabas, unit HEM dan semua yang terlibat langsung dan tidak langsung dalam sesi latihan ini.