Pada 10 Oktober 2015 sempena menyambut Hari Sukan Negara, pihak sekolah telah mengadakan aktiviti Larian Hari Sukan Negara. Aktiviti ini bermula jam 8.00 pagi dari sebuah rumah panjang berdekatan iaitu Rh. Bing, Sg. Raba, Budu dan berakhir di padang SK. Ulu Budu. Pihak sekolah telah menjemput semua ibu bapa supaya turut serta dalam acara ini. Tujuan utama pihak sekolah mengadakan aktiviti ini diluar kawasan sekolah dan memilih sebuah rumah panjang sebagai tempat permulaan, adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim diantara pihak sekolah dengan komuniti setempat. Dianggarkan seramai 30 orang ibu bapa turut serta dalam aktiviti ini. Aktiviti Larian Hari Sukan Negara dimulai dengan senaman memanaskan badan dan tarian poco-poco. Sebelum larian dimulakan Guru Besar, En. Rajali Bin Aii telah menyampaikan ucapan kepada semua yang turut hadir dalam menjayakan aktiviti ini pada hari itu. Larian Hari Sukan Negara mula dilepaskan tepat jam 8.30 pagi. Jarak laluan yang dilalui dalam larian tersebut lebih kurang 1 Km. Setelah semua peserta sampai di padang SK. Ulu Budu, sebelum bersurai, semua yang turut serta dalam aktiviti ini telah dijemput oleh pihak sekolah untuk jamuan ringan di Dewan Sri Krukuh SK. Ulu Budu, Saratok.