CARTA ORGANISASI

Thursday, 21 May 2015

Sambutan Hari Guru SK. Ulu Budu, Saratok

Pada 18 Mei 2015, SK. Ulu Budu telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Majlis itu dimulakan dengan perhimpunan di Dewan Sri Krukoh. Ia telah dirasmikan oleh Guru Besar SK. Ulu Budu iaitu Encik Rajali Bin Aii@Madhi Bin Aiee. Semua guru, kakitangan sokongan, pekerja swasta dan murid sekolah dari kelas Pra hingga Tahun 6 turut serta dalam majlis tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ucapan perasmian oleh GB, perutusan Hari Guru, ikrar guru, nyanyian 'Kami Guru Malaysia dan Pendidik Bumi Kenyalang'. Selain itu para guru berpeluang memotong kek Hari Guru dan juga bertukar-tukar hadiah dikalangan staf.
     Selesai aktiviti perhimpunan, acara sukaneka telah diadakan di padang sekolah. Sukaneka ini melibatkan semua murid, staf sekolah dan ibu bapa. Banyak acara yang dipertandingkan dan suasananya sangat meriah.