CARTA ORGANISASI

Thursday, 29 January 2015

Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan

               Pada 27 Januari 2015, pihak sekolah telah menyerahkan Bantuan Awal Persekolahan 2015 kepada semua Ibu Bapa murid Tahun 1 hingga 6. Acara itu telah disempurnakan di Dewan Sri Krukoh. Sebelum acara bermula, Guru Besar SK. Ulu Budu En. Rajali Bin Aii @ Madhi Bin Aiee telah menyampaikan ucapan kepada semua yang hadir. Seterusnya, Penolong Kanan HEM En. Joseph Ak Tuat serta dibantu oleh Pn. Donnila Ak Anyai telah menyempurnakan penyerahan bantuan tersebut.






Thursday, 22 January 2015

Majlis Perpisahan Guru Besar lama Dan Menyambut Guru Besar baru

       Pada hari ini, 22 Januari 2015 SK. Ulu Budu, Saratok telah mengadakan Majlis Perpisahan dan Menyambut Kedatangan Guru Besar baru di Dewan Sri Krukoh. Majlis tersebut telah dihadiri oleh mantan Guru Besar SK. Ulu Budu iaitu En. Mohtaja@ Mokhtar Bin Jaya dan Guru Besar baru iaitu En. Rajali Bin Aii @ Madhi Bin Aiee serta semua staf SK. Ulu Budu.
     Majlis tersebut telah dimulai dengan nyanyian lagu 'Negaraku dan Ibu Pertiwiku. Acara seterusnya ialah ucapan daripada Penolong Kanan 1 En. Dahari Bin Rambli, diikuti ucapan daripada mantan Guru Besar dan kemudian Guru Besar yang baru. Acara berikutnya adalah penyampaian cenderahati kepada mantan dan juga Guru Besar yang baru sebagai cenderahati tanda perpisahan dan menyambut kedatangan Guru Besar baru. Acara kemuncak majlis ini adalah penyerahan kuasa secara simbolik antara kedua-dua Guru Besar tersebut. Seterusnya, adalah acara bersalaman tanda perpisahan dengan staf sekolah, pekerja swasta dan juga exco PIBG diikuti oleh semua murid SK. Ulu Budu. Sebelum bersurai, semua hadirin dijemput menjamu selera bersama di Dewan Sri Krukoh,