Pada 7 November 2017 yang lepas, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Perpisahan dan Selamat Datang bagi mantan PK1 SK. Ulu Budu En. Dahari Bin Hj. Rambli yang berpindah ke SK. Hj. Junid, Gerigat dan juga menyambut kedatangan PK1 yang baru En. Enpungan Ak Lunchat dari SK. Brayang, Roban.
Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan juga lagu Sekolah. Selepas itu, adalah ucapan dari yang berusaha Guru Besar SK. Ulu Budu iaitu En. Lola Bin Julai. Seterusnya adalah ucapan dari PK1 yang baru En. Enpungan Ak Lunchat dan diikuti oleh ucapan dari mantan PK1 En. Dahari Bin Hj. Rambli. Majlis diteruskan lagi dengan acara simbolik penyerahan tugas oleh En. Dahari Bin Hj. Rambli kepada pengganti beliau iaitu En. Enpungan Ak Lunchat. Selepas itu adalah penyerahan cenderahati oleh Guru Besar SK. Ulu Budu kepada mantan PK1. Acara terakhir adalah sesi bersalaman mantan PK1 En. Dahari dengan semua murid SK. Ulu Budu. Selepas itu para hadirin dijemput menjamu selera di Dewan Sri Krukuh.
No comments:
Post a Comment