CARTA ORGANISASI

Wednesday, 1 June 2016

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

      Pada 16 Mei 2016 yang lepas, SK. Ulu Budu telah merayakan Hari Guru peringkat sekolah. Sambutan Hari Guru pada kali ini agak berlainan sedikit daripada tahun-tahun lepas. Aktiviti sambutan hari berkenaan dimulai dengan gotong-royong memasak oleh kakitangan pendidik di sekolah ini yang bermula seawal 7.30 pagi. Segala sumbangan bahan makanan yang dimasak adalah sumbang peribadi dari semua kakitangan sekolah yang merupakan wang kutipan bersama.
      Selesai sahaja aktiviti memasak, perhimpunan Hari Guru berlangsung. Ia dimulakan dengan nyanyian lagu 'Negaraku' dan diikuti oleh lagu 'Ibu Pertiwiku'. Seterusnya adalah ucapan Hari Guru oleh yang berusaha Guru Besar SK. Ulu Budu En. Rajali Bin Aii @ Madhi Bin Aiee. Perutusan Hari Guru oleh Menteri Pendidikan Malaysia telah disampaikan oleh Penolong Kanan Akademik En. Dahari Bin Rambli. Seterusnya, ikhrar Guru Malaysia telah diketuai oleh En. Mohd. Salam Bin Abu Bakar. Setelah membaca ikhrar Guru Malaysia, semua para pendidik menyanyikan lagu ' Guru Malaysia', Pendidik Bumi Kenyalang dan lagu tema Hari Guru 2016 'Guru Pembina Negara Bangsa'.
      Acara kemuncak perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah ialah acara bertukar-tukar hadiah dikalangan staf sekolah. Selesai sahaja acara berkenaan, semua staf telah dijemput merarau bersama di Dewan Sri Kerukuh, SK. Ulu Budu. Acara tamat jam 1.35 ptg.
       Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kerja sama semua staf SK. Ulu Budu bagi menjayakan aktiviti ini. Tahniah.
















No comments:

Post a Comment