CARTA ORGANISASI

Tuesday, 29 August 2017

HARI PERMUAFAKATAN IBU BAPA, GURU DAN MURID TAHUN 6 & MURID LINUS

     Hari Permuafakatan Ibu bapa, Guru dan Murid telah diadakan di peringkat sekolah pada 25 Ogos 2017. Program ini difokuskan khas kepada Ibu bapa, guru dan murid-murid Tahun 6 dan murid Linus.
Seramai 8 orang ibu bapa turut serta dalam program ini. Bagi rasmikan program tersebut, pihak sekolah telah menjemput YDP PIBG SK. Ulu Budu iaitu En. Jemat Anak Unding.
    Acara dimulakan dengan nyanyian lagu 'Negaraku' dan 'Ibu Pertiwiku'. Seterusnya adalah ucapan dari yang berusaha Guru Besar SK. Ulu Budu En. Lola Bin Julai. Selepas itu, ialah ucapan perasmian oleh YDP PIBG SK. Ulu Budu. Para hadirin juga, dipertontonkan dengan tayangan video tentang kasih sayang ibu bapa.
    Acara seterusnya, adalah perjumpaan ibu bapa dan murid dengan guru-guru subjek utama UPSR dan juga LINUS. Dalam sesi ini, ibu bapa telah diterangkan mengenai harapan dan juga sasaran pihak sekolah dalam UPSR dan juga LINUS pada tahun ini. Guru subjek telah merumuskan tentang kekuatan dan kelemahan murid-murid kepada ibu bapa mereka. Diharap dengan usaha sedemikian, ibu bapa dapat membantu guru-guru melonjakkan lagi prestasi murid-murid dalam bidang akademik.













Monday, 28 August 2017

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH

      Pada 24 Ogos 2017 ( Khamis ) pihak sekolah dibawah unit Kokurikulum telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah. Program tersebut hanya melibatkan warga sekolah sahaja. Suasana Hari Kemerdekaan telah mula terasa dengan acara menggantung bendera 'Jalur Gemilang' dan bendera kebesaran Negeri Sarawak di sekitar kawasan sekolah sejak dari 18 Ogos yang lepas.
     Sambutan kali ini telah dimulakan dengan 'Jejak Kemerdekaan' iaitu melibatkan semua murid untuk berjalan mengelilingi padang sekolah dengan membawa 'Jalur Gemilang'. Selesai sahaja aktiviti tersebut, semua murid dan warga sekolah dijemput untuk berkumpul di Dewan Sri Krukuh.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu 'Negaraku' dan 'Ibu Pertiwiku'. Selepas itu, ialah ucapan perasmian dari yang berusaha Guru Besar En. Lola Bin Julai. Acara seterusnya adalah nyanyian lagu patriotik ' Jalur Gemilang' dan 'Tanggal 31'. Selesai sahaja nyanyian lagu tersebut, para hadirin disajikan dengan tayang video mengenai  Hari Kemerdekaan. Acara terakhir pada hari itu ialah Pertandingan Mewarna Poster Kemerdekaan oleh semua murid sekolah ini. Keputusan dan hadiah bagi pertandingan ini akan diserahkan semasa Majlis Graduasi 2017 yang akan diadakan pada bulan November nanti.
     Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat, kerana telah berjaya mengadakan program seperti ini. Program seperti ini akan kita teruskan sebagai aktiviti tahunan bagi menandakan sambutan kemerdekaan Negara kita.












Monday, 21 August 2017

MAJLIS MENYAMBUT KEDATANGAN GURU BESAR BARU

     Pada 10 Ogos 2017 ( Khamis ), warga SK. Ulu Budu telah mengadakan Majlis Menyambut Kedatangan Guru Besar baru iaitu Encik Lola Bin Julai. Beliau telah melapor diri untuk bertugas di sekolah ini pada 17 Julai 2017 yang lalu. Sebelum ini, beliau bertugas di SK Datuk Bandar, Debak sebagai Guru Penolong Kanan Akademik.
     Bagi menyatakan rasa syukur dan berterima kasih di atas kesudian beliau menerima jawatan sebagai Guru Besar sekolah ini, warga sekolah telah mengadakan majlis seperti ini. Ia menandakan bahawa beliau diterima secara rasminya sebagai Guru Besar yang akan terus memimpin sekolah ini.
     Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku. Seterusnya, ucapan alu-aluan oleh Encik Dahari Bin Hj Rambli (Penolong Kanan Akademik ), diikuti oleh ucapan dari YDP PIBG SK. Ulu Budu iaitu Encik Jemat Ak Unding. Kemuncak majlis ialah ucapan daripada yang diraikan iaitu Guru Besar  baru SK. Ulu Budu Encik Lola Bin Julai. Sebelum bersurai, para jemputan dan warga sekolah dijemput 'merarau' bersama di Dewan Makan Sri Krukuh.