CARTA ORGANISASI

Friday, 14 October 2016

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SK. ULU BUDU

Pada 08 Okt 2016 ( Sabtu ) pihak sekolah telah menjalankan aktiviti Hari Sukan Negara yang berlangsung di Padang Sekolah.  Antara aktiviti yang telah dibincangkan dan dipersetujui pada mesyuarat staf yang lepas adalah Aktiviti Senamrobik dan Jalan Ria Hari Sukan Negara.  Aktiviti ini dimulakan dengan Senamrobik di padang sekolah. Diikuti dengan Jalan Ria Hari Sukan Negara bermula dari padang sekolah ke simpang rumah panjang Sg. Raba dan berpatah balik. Jarak perjalanan dianggarkan sejauh 3 km ( pergi balik )

Program Hari Sukan Negara 2016

0730 – Pendaftaran peserta
0800- Taklimat oleh Pegawai  Penyelaras Program
0830- Senamrobik
0900- Rehat
0930- Jalan Ria Hari Sukan Negara
1030- Bersurai

Penglibatan
Berdasarkan sasaran awal pihak sekolah telah menetapkan kumpulan sasaran program iaitu Murid Tahun 1 hingga Tahun 6 seramai 50 orang. Para guru seramai 13 orang. Staf sokongan 7 orang dan Pekerja swasta seramai 9 orang. Kesemuanya adalah 79 orang.
            Program ini nampaknya telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Semua murid dan individu yang terlibat amat berpuas hati mengenai susunan aturcara program ini dijalankan.
 Program ini akan tetap diadakan setiap tahun seperti mana yang telah diarahkan oleh Kerajaan yang menetapkan Hari Sabtu minggu kedua Oktober adalah Hari Sukan Negara








GOTONG-ROYONG PIBG SK. ULU BUDU

          Pada 26 Sept 2016, pihak PIBG SK. Ulu Budu telah mengadakan aktiviti bergotong-royong. Aktiviti ini dijalankan pada pukul 2.30 ptg hingga 5.30 ptg. Seramai 20 orang ibu bapa turut serta dalam aktiviti ini.
         Gotong-royong PIBG kali ini mensasarkan kepada mengemas bilik stor sekolah. Mereka dikehendaki mengeluarkan segala peralatan dan barang yang berselerak di dalam bilik stor berkenaan dan menyusunnya balik mengikut kategori masing-masing. Bilik stor sekolah selama ini telah menempatkan peralatan sukan, sains / matematik dan juga muzik.
        Kerja-kerja mengeluar dan menyusun balik peralatan berkenaan agak sukar kerana sebahagian papan lantai stor itu sudah terlalu usang. Kerja-kerja mengemas peralatan tersebut terpaksa dijalankan dengan berhati-hati agar tidak ada yang cedera.
       Pada pukul 5.00 ptg kerja-kerja menyusun balik peralatan dapat disiapkan. Syabas dan tahniah PIBG SK. Ulu Budu.



PERTANDINGAN MEWARNA POSTER SEMPENA HARI KEBANGSAAN

Pada 30 Ogos 2016, SK. Ulu Budu telah mengadakan Pertandingan Mewarna Poster Sempena Hari Kebangsaan 2016. Pertandingan ini dianjuran oleh Unit Beruniform TKRS bersama dengan Kelab Akademik sekolah. Pertandingan ini telah dibahagi kepada 2 Tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2.
            Matlamat pertandingan ini adalah untuk memupuk semangat patriotisme dan cinta akan negara di samping mencungkil bakat terpendam murid-murid dalam bidang seni. Selain itu, guru dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik sekolah ini di peringkat yang lebih tinggi misalnya pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.
Objektif Pertandingan;
1.    Menanam  semangat patriotisme dan  rasa kesyukuran dalam  jiwa murid.
2.    Mengenalpasti murid yang mempunyai  bakat dalam bidang seni (mewarna) dan mengetengahkan bakat mereka.
3.    Meningkatkan kemahiran motor halus dan kasar murid-murid menjadi lebih baik.
4.    Menggalakkan penghayatan erti kemerdekaan dikalangan murid
Pertandingan ini telah diadakan di Dewan Makan Sri Krukuh. Pertandingan ini telah disertai oleh murid Tahap 1 seramai 24 orang dan murid Tahap 2 seramai 19 orang.
Pertandingan ini bermula jam 12.00 tengahari dan tamat jam 13.30 ptg.

 Keputusan Pertandingan Mewarna Poster  Tahap 1
Bil
Nama
Kelas
Tempat
1
Dunggat Ak  Moses
Tahun 1
Tempat 1
2
Christy Uching Ak Bansang
Tahun 3
Tempat 2
3
Melissa Palla Ak Harry
Tahun 2
Tempat 3
4
Perez Ezekiel Ak John Adong
Tahun 1
Sagu hati
5
Anggeliana Jantang Ak Nelson S.
Tahun 3
Sagu hati

Keputusan Pertandingan Mewarna Poster  Tahap 2
Bil
Nama
Kelas
Tempat
1
Octovia Ranette Ak Dominic
Tahun 5
Tempat 1
2
Gallery Surau Ak Enggu
Tahun 4
Tempat 2
3
Prescylla Sopea Ak Kasidy
Tahun 4
Tempat 3
4
Nelson Ansi Ak Tangai
Tahun 5
Sagu hati
5
Catherine Miloh Ak Steve
Tahun 4
Sagu hati

      Berdasarkan pemerhatian dan penglibatan murid dalam aktiviti ini, Pertandingan Mewarna Poster Sempena Hari Kebangsaan dianggap berjaya. Pihak sekolah bercadang akan mengadakan aktiviti ini setiap tahun. Pihak penganjur mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada langsung dan tidak langsung dalam melaksanakan aktiviti ini.








Thursday, 13 October 2016

'FIRE DRILL' UNTUK MURID ASRAMA 2016

      Pada 23 Ogos 2016, Unit Hal Ehwal Murid SK. Ulu Budu telah mengadakan latihan 'Fire Drill' bagi penghuni asrama Putera dan Puteri. Aktiviti tersebut telah diadakan pada jam 11.20 pm. Terdahulu daripada itu, iaitu pada sebelah petangnya pihak HEM dibantu oleh Warden asrama dan  2 orang PPM asrama telah mengadakan taklimat pelan laluan keselamatan kepada semua murid asrama dan juga simulasi kebakaran.
    Semasa latihan 'Fire Drill' dijalankan semua murid dapat dibangunkan dalam masa yang singkat dan dapat menggunakan laluan selamat yang telah ditetapkan. Semuanya berjalan lancar dan teratur. Syabas, unit HEM dan semua yang terlibat langsung dan tidak langsung dalam sesi latihan ini.











JASAMU DIKENANG

        Pada 23 Ogos 2016, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Persaraan Pn. Limin Anak Blanda. Beliau menamatkan perkhidmatannya tepat pada hari ini. Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Pn. Limin yang telah berkhidmat di sekolah ini selama 22 tahun iaitu dari tahun 1994 hingga ke hari ini.
      Majlis dimulakan dengan ucapan oleh En. Rajali Bin Aii @ Madhi Bin Aiee selaku Guru Besar SK. Ulu Budu. Seterusnya, majlis mempersilakan Pn. Limin untuk menyampaikan ucapan persaraan beliau. Acara kemuncak majlis adalah pemberian cenderahati 'Jasamu Dikenang dan hadiah daripada pihak sekolah.
      Majlis ini telah dihadiri oleh para ibu bapa, Exco PIBG, guru, staf sokongan dan pekerja swasta sekolah. Majlis diakhiri dengan 'Merarau' bersama di Dewan Makan Sri Krukuh, SK. Ulu Budu.