CARTA ORGANISASI

Thursday, 30 October 2014

        Pada awal tahun ini pihak sekolah telah memohon pemindahan Aset Kerajaan daripada Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri, Jalan Satok, Kuching. Hasil daripada permohonan tersebut, pihak Biro Pengaduan Awam telah setuju memindahkan Aset mereka ke sekolah ini. Aset yang dipohon adalah merupakan peralatan ICT seperti komputer, scanner, printer dan back-up batteri.
        Pihak sekolah telah diminta untuk mengambil peralatan tersebut pada 24.10. 2014 yang lepas. Pihak sekolah dan PIBG SK. Ulu Budu berterima kasih kepada Pn. Biti Ak Anggot, Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri kerana sudi meluluskan permohonan perpindahan Aset berkenaan. 
       Pemindahan Aset tersebut diharapkan dapat membantu pihak sekolah dalam segala hal ICT terutama sekali adalah pendedahan penggunaan alatan ICT kepada pelajar sekolah yang rata-ratanya berasal daripada kawasan Ulu.
       Setelah peralatan tersebut tiba dan dipasang maka pihak sekolah telah mengatur masa bagi pelajar sekolah ini untuk mempelajari asas penggunaan komputer.



Hasil daripada lawatan tidak rasmi YB Tan Sri William Mawan Ak Ikom ke SK. Ulu Budu, pihak sekolah telah diberi 'Geran sebanyak RM 30,000.00 untuk pembinaan tandas guru dan murid yang baru dan RM50,000.00 untuk membaikpulih kelas Tahun 1 hingga 5. Geran tersebut telah disalurkan ke dalam Akaun PIBG sekolah.
   Sehubungan dengan itu, pihak PIBG SK. Ulu Budu telah berjaya menyiapkan 6 unit tandas baru bagi kegunaan guru dan murid. Pihak sekolah dan PIBG SK. Ulu Budu, berterima kasih kepada YB. Tan Sri William Mawan Ikom di atas keperihatinan beliau terhadap masalah dan kekurangan yang ada di sekolah ini. 
   Projek membaikpulih kelas, akan dijalankan sebaik sahaja cuti bermula pada hujung tahun ini.





Pada 26 Mei 2014, SK. Ulu Budu telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Guru Besar SK. Ulu Budu En. Mohtaja@Mokhtar Bin Jaya di Dewan Sri Krukoh. Kemuncak sambutan Hari Guru pada hari itu adalah acara pemotongan kek Hari Guru SK. Ulu Budu bagi tahun 2014.
      Selepas selesai sahaja majlis di Dewan Sri Krukoh, acara sampingan iaitu Sukaneka antara rumah murid dan juga semua staf sekolah diadakan di padang sekolah. Acara sukaneka tersebut berlangsung dari pukul 9.30am hingga 12.30 tgh.





Friday, 3 October 2014

Pada 25 Feb. 2014 yang lepas, PIBG SK. Ulu Budu telah mengadakan aktiviti gotong royong membaiki kerangka bumbung dan menukar atap asrama murid lelaki dan perempuan yang telah usang. Hampir semua Ibu bapa turut serta di dalam aktiviti ini.
     


     Aktiviti gotong royong ini telah berjaya menyelesaikan masalah atap bocor apabila hujan turun. Sebelum ini, apabila hari hujan murid yang tinggal di asrama terpaksa berpindah ke tempat yang tidak ada kebocoran. Keadaan itu amat menyedihkan.
     Pihak sekolah amat berterima kasih di atas bantuan dan sokongan PIBG SK. Ulu Budu dalam menyelesaikan masalah ini.





   
Pada 09 Mei hingga 10 Mei 2014, SK. Ulu Budu telah mengada Perkhemahan Murid 2014 anjuran Unit Berunifom TKRS bersama dengan Unit KK sekolah. Semua murid Tahap 2 dan beberapa murid yang terpilih sahaja dari Tahap 1 terlibat menjayakan perkhemahan ini. Perkhemahan ini telah dipimpin oleh dua orang Kem Komandan iaitu En. Mohd Salam Bin Abu Bakar dan En. Abg. Kamaluddin Bin Abg. Ahmad.
     Perkhemahan ini diadakan di kawasan hutan berdekatan dengan sekolah. Sebanyak 10 buah khemah telah didirikan. Semua staf akademik dan bukan akademik serta pihak kawalan keselamatan juga turut serta membantu dalam setiap aktiviti sepanjang perkhemahan ini berlangsung.
   Antara acara yang diadakan semasa perkhemahan ini, adalah tunjukcara mendirikan khemah, cara memasak nasi dan lauk menggunakan buluh, aktiviti meredah hutan, taklimat keselamatan air dan ceramah motivasi




Pada 18 Feb. 2014 yang lepas, Tan Sri William Mawan Ak Ikom telah mengadakan lawatan tidak rasmi ke SK. Ulu Budu, Saratok. Lawatan beliau telah ditemani oleh AJK PIBG sekolah dan beberapa orang Tuai Rumah dari kawasan Ulu Budu. Beliau telah dibawa melawat ke blok kelas dan tandas murid.
     Sehubungan dengan itu, beliau berjanji akan memberi sumbangan peruntukan bagi membaikpulih kelas Tahun 1-5 sebanyak RM 50,000.00 dan juga tandas bagi murid asrama dan guru sebanyak RM30,000.00.
    Sebelum beliau berangkat balik, beliau sempat meluangkan sedikit masa untuk mengadakan sesi 'randau' bersama dengan Guru Besar dan guru-guru di sekolah ini.