CARTA ORGANISASI

Wednesday, 25 September 2013

Pembinaan Bangunan Prasekolah

Awal Pembinaan

Rangka bangunan 
Pembinaan bangunan Prasekolah di SK. Ulu Budu telah bermula pada hujung tahun 2010. Bangunan tersebut telah siap dan digunapakai pada awal tahun 2011. Menurut sumber tidak rasmi, pembinaan bangunan Prasekolah ini telah menelan belanja sebanyak RM500,000. ( Lima ratus ribu ringgit ). Pembinaan bangunan Prasekolah ini telah memberi manfaat kepada 5 buah rumah panjang berdekatan. Selama ini mereka menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan didikan awal di Prasekolah SK. Ng. Budu dan Taman Asuhan dan Bimbingan Kanak-kanak di Ensawa.
Bangunan telah siap



Tuesday, 24 September 2013

Sukan & Permainan

     
       Sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada bulan Mei yang lepas, SK. Ulu Budu telah mengadakan aktiviti sukan dan permainan untuk murid Pra hingga Tahun 6. Aktiviti ini juga merangkumi aktiviti sukan dan permainan 1m1s. Memandangkan aktiviti yang dijalankan ini adalah aktiviti dua dalam satu, maka semua staf akademik dan juga sokongan terlibat. Pengelibatan murid dalam akitiviti ini juga amat menyeluruh.
     Antara aktiviti yang dijalankan sempena hari tersebut adalah perhimpunan sambutan Hari Guru, Sukaneka dan majlis makan bersama yang diadakan di Dewan Makan SK. Ulu Budu.


Sunday, 22 September 2013

Lawatan Murid Tahun 6

     Pihak sekolah telah bercadang membawa murid Tahun 6 untuk melawat ke Tanjung Kembang Kabong pada 05 Oktober 2013 ( Sabtu ). Lawatan ini adalah bertujuan mendedahkan murid-murid Tahun 6 ke persekitaran di luar lingkungan kebiasaan mereka. Pihak sekolah berharap agar lawatan ini dijadikan pembelajaran baru kepada murid-murid Tahun 6, sebelum mereka melangkah ke Tingkatan 1 dan seterusnya.
     Memandangkan jumlah bilangan murid Tahun 6 hanya 7 orang sahaja maka pihak sekolah telah bersetuju untuk membawa bersama murid Tahun 5 dalam lawatan ini. Semua guru dan kakitangan sekolah dijemput bersama dalam lawatan ini. Namun demikian, pengangkutan adalah ditanggung sendiri.
     Pihak sekolah telah bercadang untuk menggunakan khidmat Van tempatan untuk membawa semua murid yang menyertai lawatan tersebut. Segala perbelanjaan makan minum disediakan pihak sekolah dengan sedikit bantuan daripada kewangan PIBG termasuk tambang pengangkutan.

Thursday, 19 September 2013

Selamat Datang Ke Blog SK. Ulu Budu



Kami warga SK. Ulu Budu mengucapkan selamat datang ke blog sekolah ini. Kami berharap agar laman blog ini dapat dimanfaatkan oleh setiap pelawat dan juga warga sekolah ini dalam segala urusan sama ada untuk mendapatkan maklumat, hal-hal pentadbiran dan juga berita sekolah semasa.