CARTA ORGANISASI

Wednesday, 20 November 2013

          Selasa, 12 November 2013 SK. Ulu Budu telah berjaya mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Jemat Ak Unding,YDP PIBG SK. Ulu Budu. Pihak sekolah telah menjemput semua staf sekolah, ahli PIBG dan exco PIBG untuk sama-sama memeriahkan majlis ini. Dianggarkan lebih kurang 150 orang ( ibu bapa ) yang hadir ke majlis ini. Selain daripada aktiviti penyampaian sijil dan hadiah, majlis diserikan lagi dengan beberapa persembahan tarian dan nyanyian oleh murid-murid ini. Tambahan pula, majlis ini telah menyediakan beberapa hadiah sebagai hadiah pemenang tiket bertuah. Selesai sahaja acara majlis penyampaian sijil dan hadiah para hadirin dijemput 'merarau' bersama.














Oleh yang demikian, pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang terlibat langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini termasuk penderma-penderma dari dalam dan luar.

Tuesday, 29 October 2013

Pada 10 Oktober 2013, SK. Ulu Budu telah menjemput dua orang pegawai bomba En. Mohd. Ismizam Jamain dan En. Nazir Bin Drahman dari Balai Bomba dan Penyelamat Saratok untuk memberi ceramah dan membuat demonstrasi memadam kebakaran. Aktiviti dimulai dengan ceramah di dewan sekolah, kemudian murid dan kakitangan sekolah dipertontonkan dengan demonstrasi memadamkan kebakaran dengan alat pemadam api.
Ceramah Mencegah Kebakaran

Perbincangan sebelum memulakan demonstrasi

Menyediakan bahan bakar

Api telah dinyalakan

Murid cuba untuk mengendalikan alat pemadam api

Aksi memadam api

Seorang murid sedang cuba memadamkan api

Thursday, 17 October 2013

Gotong-royong PIBG SK. Ulu Budu

PIBG SK. Ulu Budu telah mengadakan aktiviti gotong-royong pada 17 Oktober 2013. Hampir kesemua Ibu bapa dan Guru terlibat dalam aktiviti ini. Aktiviti ini diadakan untuk membaiki dan mengubahsuai bilik simpanan Alatan Sains sekolah. Pihak PIBG sekolah telah menyumbangkan perbelanjaan dan juga tenaga dalam menjayakan aktiviti ini.








Program RIMUP

          Pada 17 Oktober 2013,  Program RIMUP bagi Kelompok Ulu Krian telah dilaksanakan dengan jayanya. Pada tahun ini, program tersebut diadakan secara berpusat. Bagi kelompok ini, tiga buah sekolah terlibat iaitu SK. Ng. Budu, SK. Ulu Budu dan SK. Ng. Gerenjang. SK. Ng. Gerenjang telah terpilih untuk menjadi tuan rumah pengelola bagi program ini. Seramai tiga puluh orang murid yang terlibat, enam peserta dari SK. Ulu Budu, tiga belas orang peserta dari SK. Ng. Budu dan selebihnya dari SK. Ng. Gerenjang.
             Objektif dan matlamat program ini adalah untuk mewujudkan suasana intergrasi dikalangan murid yang berbilang kaum dan agama. Walau pun demikian, rata-rata murid yang menyertai program ini adalah murid dari kaum Iban ( tempatan ).
               Terdapat beberapa acara yang dipertandingkan dalam program tersebut, iaitu Senamrobik, Boling buah kelapa, Membawa gelang getah dengan straw, Menghantar belon air, Mencipta pakaian dengan surat khabar dan mencari Harta Karun. Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada semua peserta. 
Senamrobik

Boling Buah Kelapa

Pertandingan Mencipta Pakaian

Membawa Gelang Getah dgn Straw

Membawa Gelang Getah dgn Straw 

Menghantar Belon Air

Penyampaian Hadiah

Penyampaian Hadiah

Penyampaian Hadiah

Penyampaian Cenderahati

Sunday, 6 October 2013

Lawatan Sambil Belajar Murid Tahun 6

      Pada 05 Oktober 2013 ( Sabtu ) SK. Ulu Budu telah berjaya mengadakan lawatan sambil belajar bagi murid Tahun 6 ke Pantai Tanjung Kembang, Kabong. Walaupun lawatan ini dikhaskan untuk murid Tahun 6 tetapi pihak sekolah telah bersetuju untuk membawa bersama murid Tahun 5. Seramai 17 orang murid turut serta dan hampir ke semua kakitangan akademik dan bukan akademik juga bersama menjayakan lawatan ini.
       Banyak aktiviti yang telah dijalankan semasa lawatan ini, termasuk sukaneka, pertandingan mencari telur penyu dan membina istana pasir. Walaupun letih, rata-rata murid seronok dan gembira. Ramai murid mengatakan bahawa itu adalah pertama kali mereka ke pantai.
Bersedia untuk aktiviti Sukaneka 
Sukaneka Berlari Membawa Bola

Sukaneka Membolosi Kertas Mahjong

Peserta berehat

Permainan Kereta Tarik

Mencari Telur Penyu

Taklimat Peserta

Membina Istana Pasir

Wednesday, 25 September 2013

Pembinaan Bangunan Prasekolah

Awal Pembinaan

Rangka bangunan 
Pembinaan bangunan Prasekolah di SK. Ulu Budu telah bermula pada hujung tahun 2010. Bangunan tersebut telah siap dan digunapakai pada awal tahun 2011. Menurut sumber tidak rasmi, pembinaan bangunan Prasekolah ini telah menelan belanja sebanyak RM500,000. ( Lima ratus ribu ringgit ). Pembinaan bangunan Prasekolah ini telah memberi manfaat kepada 5 buah rumah panjang berdekatan. Selama ini mereka menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan didikan awal di Prasekolah SK. Ng. Budu dan Taman Asuhan dan Bimbingan Kanak-kanak di Ensawa.
Bangunan telah siap



Tuesday, 24 September 2013

Sukan & Permainan

     
       Sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada bulan Mei yang lepas, SK. Ulu Budu telah mengadakan aktiviti sukan dan permainan untuk murid Pra hingga Tahun 6. Aktiviti ini juga merangkumi aktiviti sukan dan permainan 1m1s. Memandangkan aktiviti yang dijalankan ini adalah aktiviti dua dalam satu, maka semua staf akademik dan juga sokongan terlibat. Pengelibatan murid dalam akitiviti ini juga amat menyeluruh.
     Antara aktiviti yang dijalankan sempena hari tersebut adalah perhimpunan sambutan Hari Guru, Sukaneka dan majlis makan bersama yang diadakan di Dewan Makan SK. Ulu Budu.


Sunday, 22 September 2013

Lawatan Murid Tahun 6

     Pihak sekolah telah bercadang membawa murid Tahun 6 untuk melawat ke Tanjung Kembang Kabong pada 05 Oktober 2013 ( Sabtu ). Lawatan ini adalah bertujuan mendedahkan murid-murid Tahun 6 ke persekitaran di luar lingkungan kebiasaan mereka. Pihak sekolah berharap agar lawatan ini dijadikan pembelajaran baru kepada murid-murid Tahun 6, sebelum mereka melangkah ke Tingkatan 1 dan seterusnya.
     Memandangkan jumlah bilangan murid Tahun 6 hanya 7 orang sahaja maka pihak sekolah telah bersetuju untuk membawa bersama murid Tahun 5 dalam lawatan ini. Semua guru dan kakitangan sekolah dijemput bersama dalam lawatan ini. Namun demikian, pengangkutan adalah ditanggung sendiri.
     Pihak sekolah telah bercadang untuk menggunakan khidmat Van tempatan untuk membawa semua murid yang menyertai lawatan tersebut. Segala perbelanjaan makan minum disediakan pihak sekolah dengan sedikit bantuan daripada kewangan PIBG termasuk tambang pengangkutan.

Thursday, 19 September 2013

Selamat Datang Ke Blog SK. Ulu Budu



Kami warga SK. Ulu Budu mengucapkan selamat datang ke blog sekolah ini. Kami berharap agar laman blog ini dapat dimanfaatkan oleh setiap pelawat dan juga warga sekolah ini dalam segala urusan sama ada untuk mendapatkan maklumat, hal-hal pentadbiran dan juga berita sekolah semasa.